Sunday 29 July 2012

Dulu, kini dan selama-lamanya Cikgu



Bab 3             Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid


1)    Pengenalan;

·         Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar.
·         Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah.
·         Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi.
·         Guru perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya.


2)    Tanda-tanda Awal Gangguan Emosi

·         aspek  emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan pelajar kini adalah seperti yang berikut;

Ø empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
Ø mengungkapkan dan memahami perasaan
Ø mengendalikan amarah
Ø kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
Ø kemampuan untuk menyesuaikan diri
Ø disukai oleh orang lain
Ø kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
Ø semangat setiakawan
Ø keramahan
Ø sikap hormat-menghormati

·         Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya terganggu adalah kerana sebab seperti yang berikut;

· Kecemasan dan marah
· Sukar tunjukkan emosi tertentu
· Alami kesulitan
· Konflik
· 2 jenis;
·     Positif
·     negatif

3) Gangguan emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu;
i.      gangguan emosi ringan
ii.    gangguan emosi sedarhana
iii.   gangguan emosi berat


4)    Punca Gangguan Emosi;

· Persekitaran sekolah
· Gaya pengajaran guru
· Peristiwa dalam keluarga
· Pengaruh keluarga
· Pengaruh rakan sebaya
· Tindakan guru
5)    Tanda-tanda masalah emosi dan sosial dalam kalangan pelajar adalah seperti yang berikut;

·         tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
·         selalu mengantuk  atau tertidur di dalam kelas
·         sentiasa kelihatan letih
·         kerap sakit perut
·         mudah diserang penyakit
·         duduk dalam keadaan yang tidak selesa
·         pencapaian akademik yang semakin merosot
·         sering berasa cemas, takut dan benci
·         konsep kendiri yang lemah
·         bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
·         cepat marah
·         suka bergaduh
·         kerap berbohong
·         bertindak liar untuk menarik perhatian
·         tindak balas kurang matang
·         berperawakan ganjil
·         membela diri secara tidak menentu
·         menunjukkan perasaan dengki
·         mengkritik secara keterlaluan
·         suka termenung atau berkhayal

6)    Langkah-langkah Menangani Gangguan Emosi

· Peranan ibu bapa
· Tindakan guru
· Gaya pengajaran
· Kepimpinan guru
· Kefahaman terhadap minat dan sikap pelajar
· Kerjasama
· Penerapan nilai
· Suasana ceria
· Penerangan jelas

7)    Hak Asasi Kanak-kanak;

·         Menurut Hak Asasi Manusia, setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan;

Ø   semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama.

Ø   kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi

Ø   orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan.

Ø   tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka.


8)    Antara Hak Setiap Kanak-Kanak adalah seperti yang berikut;

·                     untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
·                     untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
·                     untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
·                     untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
·                     untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
·                     untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
·                     untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
·                     untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
·                     untuk berupaya mengekspresi pandangan  sendiri.

9)    Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak;

·                    Perkara 2: tiada diskriminasi
·                    Perkara 3: diberi pelindungan
·                    Perkara 6: hak untuk hidup
·                    Perkara 13: kebebasan bersuara
·                    Perkara 19: diberi peruntukan undang-undang
·                    Perkara 23: menikmati kehidupan
·                    Perkara 28:Hak pendidikan
·                    Perkara 29: halatuju pendidikan
·                    Perkara 30: hak dalam komuniti
·                    Perkara 32: dilindungi dari segi ekonomi

·                    Perkara 34: tiada eksploitasi

10) Hak kanak-kanak:Seksyen 17

·                    Dilindungi dari segi fizikal
·                    Tiada penganiayaan
·                    Pergaulan yang sihat
·                    Hak kesihatan
·                    Kemudahan bekalan makanan
·                    Elak penderaan emosi

No comments:

Post a Comment