Friday 31 August 2012


"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang." ~ Samuel Johnson


Refleksi Membina Blog Sendiri

Ha.....mati la..aku, kena buat blog sendiri ?. Itulah yang tercetus dalam fikiran saya semasa diberitahu oleh pensyarah pada kali pertama interaksi Program Pengsiswazahan Guru (PPG) semester 3, berkaitan dengan Pelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3105). Perasaan dah jadi tak tentu dan fikiran pun mula bercelaru. Apa-apa pun, saya masih boleh sengeh lagi sebab saya rasa berkemungkinan dapat membuat blog tersebut jika saya mendengar dan mengikut nasihat pensyarah.

 Alhamdulillah, berkat sedikit usaha saya berjaya juga membina blog sendiri seperti yang dikehendaki oleh pensyarah. Blog saya siap tetapi saya tidak tahu cara untuk memasukkan maklumat seperti yang diminta oleh pensyarah. Saya sedar, banyak kelemahan yang ada dalam diri sendiri. Semua kelemahan itulah sebenar cabaran yang mesti saya hadapi untuk merealisasikan blog saya seperti yang diminta.

 Antara kelemahan yang pasti pada diri saya ialah tidak ada asas pembelajaran komputer sama sekali secara formal. Saya belajar menggunakan komputer hanya melalui peniruan. Saya tiru cara adik-adik dan orang -orang di sekeliling menggunakan komputer dan bertanya cara untuk melakukan sesuatu seperti yang dihajati. Oleh kerana tiada asas komputer secara automatiknya , saya memang tidak mahir menggunakan komputer. Kalau boleh diberi gred, mungkin dapat "C" sahaja.

Walau bagaimanapun, tidak mahir menggunakan komputer bukan lagi menjadi alasan untuk tidak membuat tugasan yang diberikan. Atas kesedaran itulah juga maka saya melipat gandakan usaha bagi memcapai misi menguruskan blog sendiri yang telah dibina. Sifat ramah dan tidak malu bertanya kepada rakan –rakan telah memberi impak positif kepada kejayaan blog saya. Mungkin pada orang lain, cuma sedikit sahaja kejayaan yang didapati , namun ia cukup bererti sekali. Sebagai seorang pelajar kita haruslah berusaha mencari panduan, mengikut panduan tersebut dan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin. 

Sifat sabar sangat penting dalam menjayakan tugasan. Ini jelas kerana setiap apa perkara yang yang dilakukan pasti ada halangan dan rintangannya. Lantaran itu kita perlu sentiasa bersedia menerimanya dengan hati yang terbuka. Akhirnya blog saya dapat direalisasikan juga. Kredit kepada semua yang membantu. Terima kasih. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda.

Tuesday 14 August 2012

Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan Komputer



Aktiviti 1: Teori Behaviorisme
 
    • Dapatkan intisari teori pembelajaran behaviorisme 
a
      • Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara rangsangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan.
      • Teori Behaviorisme ini dikenali sebagai teori tingkah laku amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.
      • Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui 4 proses iaitu:
        • Perhubungan
        • Pelaziman Klasik
        • Pelaziman Operan
        • Pembelajaran melalui pemerhatian
    • Kaitkan dengan  kreativiti
      • Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.
      • Guru-guru sendiri perlu kreatif dalam menyediakan aktiviti pembelajaran kepada pelajarnya & mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka.

    • Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer 
    • Prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam p&p komputer:
      • Menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu yang melibatkan pelajar secara aktif.
        • Cth: Perbincangan dalam kumpulan, aktiviti amali dll.
      • Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya & dapat memberikan respon tertentu. 
        • Cth: Penggunaan kertas edaran / hand outdisediakan terlebih dahulu & slaid Powerpoint.
      • Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung agar pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya adalah benar.
      • Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar, maka ia perlu diberi ganjaran dan motivasi.
        • Cth: jumlah markah yang tinggi, kata-kata pujian dll.
Aktiviti 2: Teori Pemprosesan Maklumat (Information processing) Kognitif 
    • Dapatkan intisari teori pembelajaran pemprosesan maklumat 
      • Menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat.
      • Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek.
      • Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang.
      • Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif @ kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks.

    • Kaitkan dengan  kreativiti 
      • Guru-guru perlu memberi kebebasan kepada pelajar untuk mempersembahkan tugasan mereka. Ini kerana setiap pelajar mempunyai cara berfikir yang berbeza-beza. 
      • Pelajar perlu dibantu bagaimana untuk menyimpan maklumat yang diterima setiap kali menerima maklumat baru daripada guru dengan cara yang mudah untuk diingati & difahami.
      • Cth: Buat peta minda.  
      • Peta Mind (Mind Mapping) adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau subconscious mind (Tony Buzan).
      • Setiap pelajar diberi kebebasan untuk membuat peta minda mereka sendiri berdasarkan kreativiti masing-masing.
      • “Malangnya, sistem pendidikan yang diikuti oleh kebanyakan orang telah membentuk pemikiran manusia yang lebih linear dan bukannya kreatif ataupun inovatif. Pemikiran linear itu hanya membolehkan manusia berfikir tentang satu siri perkara tunggal dalam satu arah,” kata Tony Buzan sambil memberitahu satu-satunya jalan penyelesaian sekarang adalah beralih kepada pendekatan yang lebih efektif - cth: penggunaan peta minda (Berita Harian, 22 Mac 2010)
        .

      • Contoh Peta Minda yang dipraktiskan oleh individu ilham Tony Buzan.
          • Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer 

          • Langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat:
            • Perhatian pelajar: Mulakan pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik perhatian pelajar kepada guru & pengajaran. 
              • Cth: Dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer guru boleh bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan beberapa contoh perkakasan komputer ke dalam kelas.
            • Merangsang ingatan pelajar kepada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-tajuk lepas yang sudah dipelajari & dikaitkan dengan topik yang akan diajar.
            • Penekanan kepada isi pengajaran yang penting. Penggunaan bahan bantu mengajar yang tepat dengan tajuk yang akan disampaikan.
              • Cth: Edarkan hand out, penyediaan slaidPowerpoint.  
            • Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian.
              • Cth: Perisian kursus yang berkaitan dengan tajuk perkakasan komputer. 
            • Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima & memahaminya.
            • Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang baru diterima.
            • Pengulangan.
              • Cth: Meningatkan pelajar beberapa isi penting yang dipelajari (ingatan jangka pendek). 
            •  Menyediakan beberapa aktiviti @ latihan yang berkaitan dengan pelajaran lepas (ingatan jangka panjang).
        Aktiviti 3 : Teori kognitif Sosial (Albert Bandura) 
          • Dapatkan intisari teori pembelajaran kognitif sosial
            •  
          • Kaitkan dengan  kreativiti
          • Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
        Aktiviti 4 : Teori Konstruktivisme kognitif (Piaget) 
          • Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktivisme kognitif
            • Proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.
            • Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna.
            • Pelajar bina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.
            • Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.
            • Rutherford & Ahlgren - pelajar mempunyai idea mereka sendiri hampir dalam semua perkara, di mana ada yang betul & ada yang salah. Jika kefahaman & salah konsep ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman @ kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
            • John Dewey - pendidik yang cekap harus melaksanakan p&p sebagai proses menyusun @ membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam setiap aktiviti p&p.
            • P&P yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.
            • Pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru @ sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri & pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut.

          • Kaitkan dengan  kreativiti.
          • Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
        Aktiviti 5 : Teori Konstruktivisme Sosial (Vygotsky) 
          • Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktivisme sosial
          • Kaitkan dengan  kreativiti
          • Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
        Aktiviti 6 : Teori Konstruktionisme (Seymour Papert ) 
          • Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktionisme 
          • Kaitkan dengan  kreativiti
          • Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
        Aktiviti 7 : Minimalisme (John M. Carroll ) 
          • Dapatkan intisari teori pembelajaran minimalisme
          • Kaitkan dengan  kreativiti
          • Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
        Aktiviti 8 : Teori kecerdasan pelbagai  (Howard Gardner) 
          • Dapatkan intisari teori kecerdasan pelbagai (multiple intellegences)
          • Kaitkan dengan  kreativiti
          • Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
        Aktiviti 9 : Teori Kecerdasan Triarchic   (Robert Sternberg ) 
          • Dapatkan intisari teori kecerdasan Triarchic
          • Kaitkan dengan  kreativiti
          • Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille