Friday 31 August 2012

Refleksi Membina Blog Sendiri

Ha.....mati la..aku, kena buat blog sendiri ?. Itulah yang tercetus dalam fikiran saya semasa diberitahu oleh pensyarah pada kali pertama interaksi Program Pengsiswazahan Guru (PPG) semester 3, berkaitan dengan Pelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3105). Perasaan dah jadi tak tentu dan fikiran pun mula bercelaru. Apa-apa pun, saya masih boleh sengeh lagi sebab saya rasa berkemungkinan dapat membuat blog tersebut jika saya mendengar dan mengikut nasihat pensyarah.

 Alhamdulillah, berkat sedikit usaha saya berjaya juga membina blog sendiri seperti yang dikehendaki oleh pensyarah. Blog saya siap tetapi saya tidak tahu cara untuk memasukkan maklumat seperti yang diminta oleh pensyarah. Saya sedar, banyak kelemahan yang ada dalam diri sendiri. Semua kelemahan itulah sebenar cabaran yang mesti saya hadapi untuk merealisasikan blog saya seperti yang diminta.

 Antara kelemahan yang pasti pada diri saya ialah tidak ada asas pembelajaran komputer sama sekali secara formal. Saya belajar menggunakan komputer hanya melalui peniruan. Saya tiru cara adik-adik dan orang -orang di sekeliling menggunakan komputer dan bertanya cara untuk melakukan sesuatu seperti yang dihajati. Oleh kerana tiada asas komputer secara automatiknya , saya memang tidak mahir menggunakan komputer. Kalau boleh diberi gred, mungkin dapat "C" sahaja.

Walau bagaimanapun, tidak mahir menggunakan komputer bukan lagi menjadi alasan untuk tidak membuat tugasan yang diberikan. Atas kesedaran itulah juga maka saya melipat gandakan usaha bagi memcapai misi menguruskan blog sendiri yang telah dibina. Sifat ramah dan tidak malu bertanya kepada rakan –rakan telah memberi impak positif kepada kejayaan blog saya. Mungkin pada orang lain, cuma sedikit sahaja kejayaan yang didapati , namun ia cukup bererti sekali. Sebagai seorang pelajar kita haruslah berusaha mencari panduan, mengikut panduan tersebut dan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin. 

Sifat sabar sangat penting dalam menjayakan tugasan. Ini jelas kerana setiap apa perkara yang yang dilakukan pasti ada halangan dan rintangannya. Lantaran itu kita perlu sentiasa bersedia menerimanya dengan hati yang terbuka. Akhirnya blog saya dapat direalisasikan juga. Kredit kepada semua yang membantu. Terima kasih. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda.

No comments:

Post a Comment