Bab
2 Guru
dan Perundangan
1)Pendahuluan
· Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan
sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan
dihormati.
· Oleh yang demikian Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi
panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan.
· Dalam konteks pendidikan, setiap guru
harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun
dibuat pindaannya pada 2002.
· Di samping itu Akta Pendidikan 1996
juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan
negara.
2)
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 (pindaan 2002)
· Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 dan mula berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.
· Pindaan ini
melibatkan Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993],
yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat
terhadap peraturan 2 dengan memotong subperaturan 2(2).
·
Tujuan utama peraturan adalah untuk
menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.
·
Tindakan tatatertib merupakan
langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar
mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada
masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada
orang lain.
3)
Rasional
Peraturan Tatatertib ini dilaksanakan adalah untuk
memastikan pegawai awam;
·
melaksanakan tugas dengan cekap,
beramanah dan bertanggungjawab;
·
meletakkan kepentingan awam lebih
utama daripada kepentingan mereka sendiri;
·
menjaga imej perkhidmatan awam; dan
·
yang melakukan kesalahan / melanggar
peraturan dihukum.
4)
Faktor penurunan kes ini adalah seperti yang berikut;
o Program Latihan dan Taklimat
o Perkhidmatan Kaunseling
o Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan
5) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (Pindaan) 2002 (P.U.A.246). yang telah mula diKuatkuasakan pada 20.6.2002, antara
peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut;
· Jenis-Jenis
Kesalahan Yang Membolehkan Diambil Tindakan
Tatatertib.
· Jenis-Jenis
Tindakan Tatatertib Yang Boleh Diambil
Terhadap Pegawai Yang Melakukan Kesalahan
· Hukuman Tindakan Tatatertib PERATURAN 3A
Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar
· PERATURAN 3B
Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana
yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan,
Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan
· PERATURAN 3C
Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan
kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil
tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai yang melanggar
mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini
Pegawai yang gagal menjalankan
kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai
bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini
hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan
tindakan tatatertib.
·
Peraturan 4 (1)
Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan
taat setianya kepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.
Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan
mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-
undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran
peraturan 4(1) adalah seperti berikut;
• Bersubahat dengan musuh negara
• Membocorkan rahsia Kerajaan.
• Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta
tindakan Kerajaan.
• Menjadi Anggota Jemaah Islamiah
• Menyertai Kesatuan Militan Malaysia
6) Peraturan 4(2)
Seseorang pegawai tidak boleh ;
· membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;
· berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan
kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya);
· berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan
syak yang munasabah bahawa;
· Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang
boleh memburukkan /mencemar nama baik perkhidmatan awam;
· Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang
berusaha;
· Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak
amanah;
· Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab;
· membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau
tekanan luar
· Membantah atau melawan pegawai atasan;
· cuai dalam melaksanakan tugasnya;
7)
PERATURAN 7: Menyalahgunakan Dadah,Perkhidmatan Pegawai Boleh ditamatkan Atas
Kepentingan Awam [Peraturan 49] sekiranya Pegawai Mencapai Umur
Persaraan Pilihan. Contoh Pelanggaran Peraturan 7 adalah menghisap ganja,
morfin, heroin atau menagih dadah.
8)
PERATURAN 9 : MENERIMA/ MEMBERI
KERAIAN;
Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi
keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas
rasmi kerana ini bercanggah Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9 pula
adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga
tender seperti [keraian = belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain].
9) PERATURAN 11 :
Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen/ Pendapatan Yang Sah.
Seseorang
pegawai tidak boleh;
·
menyenggara taraf hidup melebihi
emolumen/ pendapatan yang sah.
·
menguasai/memiliki sumber kewangan
atau harta yang tak seimbang atau tak munasabah dengan emolumen/ pendapatan
yang sah.
10)
PERATURAN 12 : meminjam wang/
menjadi penjamin tidak boleh meminjam wang / menjadi penjamin kepada mana-mana
orang.
11)PERATURAN 13: Keterhutangan Kewangan yang Serius;
12)PERATURAN
16 : Tidak boleh terlibat dalam pasaran hadapan
13)PERATURAN 18 : Penerbitan Buku dan Karya;
Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis
buku, makalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Antara
CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 18 adalah seperti menulis/menerbit buku dengan
menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit).
14)PERATURAN 20 : Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal
Seorang
penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting akhbar/
majalah/jurnal kecuali,
penerbitan;
· Jabatan
· Profesional
· pertubuhan
sukarela yang tidak bercorak politik
· diluluskan
secara bertulis oleh ketua jabatan
15)PERATURAN
6 - PAKAIAN
Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti;
· Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar
· Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain
16) Rumusan Peraturan;
·
Tingkatkan mutu perkhidmatan
·
Halng penyelewengan
·
Haling rasuah
·
Banyak beri pengajaran
·
Langkah pencegahan
17) Akta Pendidikan 1996
·
bertujuan memantapkan sistem
pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia
untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf
dunia.
·
Akta ini berpaksi kepada
perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.
·
Akta baru ini juga banyak
mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.
18) Tujuan penggubalan Akta Pendidikan
1996 adalah untuk;
·
memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.
·
Untuk memantapkan lagi sistem
pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang
bermutu tinggi.
·
Untuk menggariskan
perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.
·
mencakupi perundangan pada tahap prasekolah
hingga tahap pendidikan tinggi termasuk kerajaan dan sawasta.
- memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama.
- penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan.
- menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang
sama.
- Pendidikan Islam diperluaskan untuk pelajar Islam.
- memperluaskan bidang kuasa Menteri Pendidikan.
- mempertingkatkan pendidikan teknikal.
- memperkukuhan latihan perguruan.
- pendidikan swasta
yang lebih sistematik.
- memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.
19)
Antara
kandungan Akta Pendidikan 1996;
·
Seksyen 16: telah memberikan kategori kepada sekolah di Malaysia, tiga
kategori iaitu kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. ini boleh
menampung dengan jelas keperluan kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan
sebagainya.
·
Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa
Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.
·
seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum
kebangsaan melainkan yang dikecualikan.
·
Seksyen 19 memperuntukkan
semua sekolah menyediakan pelajar untuk Peperiksaan Awam, melainkan yang
dikecualikan.
·
Seksyen 37 dan seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian
atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain
kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.
·
seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan)
mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program
kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.
·
seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan kelas pendidikan khas di
sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.
·
Seksyen 50 memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua
sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih pelajar
Islam.
·
Seksyen 69 semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam perlu
mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.
·
Seksyen 77 menjelaskan
bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program
"twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran
bertulis dari Menteri terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment